Sebatas Kejujuran

Berkali-kali aku ingin menulis tentang ini,tentang perasaanku,tentang cinta ku padamu dan setiap kali itu jua aku terasa sebak yg teramat sangat.
Coretan ini ku dedikasikan buat my mum ‘I love U and hepi bday..’.

Bagaimana untuk nyatakan satu perasaan indah ku buatmu kerana selama ini aku tak pernah menyuarakannya.Jutaan kemaafan aku mohon dari mu sekiranya dlm aku meneruskan suara hatiku ini ada yg menyentuh hatimu,mengembalikan kita pd kisah2 lalu yg rasanya amat melukakan hati masing2.Apapun niatku bukan menyalahkan dirimu tp menyedarkan aku anak yg telah menghancur impian mu,mungkin.

Buat pertama kali dlm hidup ku memberi hadiah hari jadi buatmu,membuatkan kau menitiskan airmata di KLIA pagi semalam. Terukkan aku?.Sengaja aku menunggu saat yg begitu kerana aku tak mau,kau membukanya depan aku.Kau kelihatan tergamam..”Ape ni,sayang..” tanya mu.Aku hanya tunduk tak sanggup memandang kearah mu.”Just for u,sorii lambat kasi..”balas aku.Kau peluk aku,” U make me cry,Beego..” bisikmu di telingaku.Aku rasa bersalah pulak.. sentimental nya pagi itu.Aku tak peduli pd mata sekeliling yg memandang,buat pertama kali aku hulurkan saputangan utk mengelap airmata mu.Seorang perempuan muda melepaskan kesedihan di bahuku..biarlah kalau org nk kata apa. Look, mummy..u still young ok.Forever young.. for me!!!

Mummy,hadiah yg ku berikan pdmu tak ternilai dengan kasihmu.Mungkin itu yg pertama dan terakhir dariku,mana tahu!!Aku tahu kau akan sedih bila aku kata begini.Setahun yg lalu kau pernah kehilangan anak perempuan sulung mu dan terbaru kau kehilangan seorang anak perempuan lg biarpun itu anak tirimu tp pd aku yg menjaganya di hospital tiada perbezaan kasih disitu.Dan aku tahu kau jua begitu…disebalik semua dugaan dari Allah ini,kita sama2 sedar apa erti menghargai kasih syg insan2 yg dekat dengan kita.Itulah hikmah nya..

Aku mahu kau tau mummy, bahawa aku sgt2 bersyukur pd Tuhan yg memberikan waktu dan kesempatan untuk aku menyatakan kasihku pdmu.Benar sungguh,Tuhan itu menyusun perjalanan kehidupan kita dengan cantik sekali.Inilah hikmah dan rahmat yg kita perolehi dari kelukaan masa2 lalu..biarpun aku terasa terlambat namun masih tak terlewat menyatakan suara hatiku pdmu merasai cinta mu pdku.Indahnya mummy andai dari dulu lagi aku dapat membahagiakan mu,membalas budi mu yang mengandungkan aku 9bulan 9 hari.. mungkin antara kau dan aku takkan terpisah jauh kiranya aku tidak menurut kata hati yg terluka ini.

Mummy,aku tahu kau terluka dengan tingkah ku dan aku jua terasa dengan sikap tegas mu tanpa mahu memberi peluang pdku bersuara hingga aku menjauhkan diri dari mu dari daddy dan semua.Dua tahun ini baru aku cuba dekat dengan mu,berbaik sangka pdmu dan Allah itu lebih mengetahui niat suci hatiku ini, diberinya kita sedikit ujian diambilnya org yg kita sayang..dan kita mula buka mata..buka hati…dan fikiran!Dan mulai menghargai apa erti kasih syg.

Mummy, ‘M’ banyak memberi aku kesedaran juga kawan2 yg lain tentang erti tanggungjwb seorang anak pd ibubapanya,tentang dosa dan hukuman yg bakal aku terima.Tetapi sesungguhnya aku telah sedar dan sgt2 insaf..kesukaran yg aku lalui selama ini adalah hukuman dari Allah buat ku yg derhaka pd mu,mungkin!

Bila cinta pertama ku dihalang..diduga dgn pelbagai rasa,aku rasa itu tak adil buatku.Apa saja yg mummy dan daddy mahukan aku turut.Daddy hantar aku belajar jauh dari sinipun aku ikut tapi kenapa cintaku pd Shikin di halang??!! aku kecewa mummy..dan baru saat2 akhir ini aku mendpt jawapannya, itupun arwah kakak yg memberitahu biarpun tak panjang tp aku mulai mengerti.Takpe lah..semua dah berlalu,tak perlu di kesal tapi bila aku ingat2kan apa yg aku dah buat pada mu pada daddy..’Ya Allah! Hanya kau yg tahu bagaimana kejinya sikap hamba mu ini melukakan hati ibubapanya..’. maafkan aku mummy…..

Mummy,hari ini kau tidak lagi bertanya jg mendesak kerana aku tahu itu tidak penting lagi buatmu walaupun dulu kau malu bila aku tak kawin2.Kawan2 mu asyik bertanya,ngape ank bujang sorang ni tak kawin2.aku faham kau tiada alasan nak menjawabnya waktu itu.Kau kata kau malu pd sanak saudara yg lain but mummy..mulanya memang aku tak kawin sebab aku marah,jiwa aku memberontak, aku nak kau faham apa yg aku nak,sape yg aku cinta,untuk siapa cinta ku ini..memang aku turut kata hati,tak pernah sikit pun aku fikir perasaanmu perasaan daddy.

Sehingga daddy jatuh sakit gan perangai aku tapi aku sempat bersama daddy selama 5 jam sebelum daddy meninggal.Daddy sempat pesan kat aku,”Beego,jaga mummy baik2,u mesti buat baik gan kakak2 yg lain,jaga adik.Daddy tau u frust but she’s your mum,the only one..”.Tapi pastu tetap juga aku pergi jauh..degilnya aku,kan mummy..??!

Tuhan itu lebih mengerti dengan apa yg diberi.Aku tahu,aku telah membuat kau menangis lagi mummy.Tapi katamu kau mengerti apa yg aku lalui dan rasai.’Jangan ada rahsia lagi antara kita..’kata mu td.

Thanks mummy kerana memahami.Sesungguhnya semua ini membawa erti pada aku, pada kita sekeluarga.Tuhan lebih mengetahui dengan apa yg aku lalui biarpun terpaksa memijak duri.Aku terfikir,andainya kini aku sudah punya isteri,punya anak pasti aku tidak dapat memberi perhatian yg sebegini padamu,mummy.Apalagi mengorbankan masa utk menjaga 2 orang arwah kakak di hospital sepanjang hari.Itu lah hikmah di sebalik perjalanan kita.Benar sungguh kata Allah,’orang yg sabar akan mendapat kemenangan’Bukan menang dlm kekuatan tetapi menang dlm kebahagian jiwa.

Usia kita makin hari makin pendek biarpun pd angka nya meningkat,aku tidak tahu sejauh mana lagi aku mampu bertahan.Biarpun aku kelihatan gagah dan tiada cacat cela nya di mata orang lain tapi engkau mulai mengerti apa yg aku tanggung.Biar pun tongkat ini hanya peneman di kala emergency namun aku rasa seperti aku tidak memerlukannya lagi mummy,kerana engkau telah memberi aku kekuatan untuk ingin hidup lama lg dan kaulah sandaranku.
Mummy,Andainya Tuhan memberi pilihan ingin aku hidup seribu tahun lagi bersamamu..memberi dan menerima kasih suci seorang ibu yg selama ini aku sia-siakan.Kalau dulu aku amat cemburu pd teman2 ku yg bahagia dengan keluarga mereka tapi sekarang mereka lebih cemburu melihat keakraban kita.Cemburu kerana mummy cantik kata mereka..!

Memang bertuah punya mummy sepertimu,walaupun usiamu baru mencecah ke 59 tapi kau sentiasa menjaga makan minum mu, kecergasan juga penampilanmu.Tak salah kalau selama ini ramai yg nak tackle ‘Aida Rahim’ku.Aku tahu kau akan senyum bila aku kata begitu.. but mum,its true..u r so sweet!!

Mummy,Terima kasih kerana telah melahirkan aku dlm waktu muda mu seusia 22thun.Dgn serendah-rendahnya diri ini aku memohon ampun maaf darimu kerana telah melukakn hatimu dan meleraikan impianmu utk menjodohkan aku dgn seseorang.Ampunkan aku mummy,halalkan air susu yg kau beri sewaktu aku merah lagi..ampunkan aku yg tak henti menangis menganggu waktu tidurmu di waktu aku baby dulu. Sesungguhnya aku mengerti syurgaku di tapak kakimu.I Love u Mum!
Dengan sebatas kejujuran yg ku lontarkan ini aku harap kau mengerti, mummy betapa beretinya dirimu pdku!

Pada teman disini,aku bukanlah anak yg baik yg boleh di jdkan contoh..Cerita kita mungkin jauh berbeza.Kalian mungkin lebih bertuah dari aku tapi apapun anugerah Allah yg memberi kesempatan pd kita utk merasai kasih seorang ibu itu jgn lah persiakan.Yang baik ambillah jdkan pelajaran,dan yg buruk jauhkan lah!-iktibar dari luahanku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: